Penyebaran Pertama Epistemologi di Asia Tenggara

Sebelum beberapa penemuan yang kami buat sekitar tiga tahun kebelakangan ini terhadap keberadaan suasana kecendekiawanan pada zaman-zaman awal Asia Tenggara, umum hanyalah mengetahui secara rambang bahawa wujudnya masyarakat cendekia dikalangan penganut Hindu dan Buddha yang menghuni Asia Tenggara. Tidak pernah ditunjukkan apakah aktiviti-aktiviti ilmiah yang diusahakan oleh masyarakat cendekia ini. Adakah mereka memiliki perpustakaan?